Kaunseling merupakan hubungan kaunselor dan klien yang diaturkan untuk membantu perkembangan diri klien.Hubungan kaunseling ini mmempunyai ciri-ciri yang tertentu termasuklah aspek prinsip,personaliti yang terlibat dalam proses kaunseling serta kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor untuk melaksanakan sesi.

Perlu memahami sebagai kaunselor,tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien,so perkara pokok menjadi teras kepada proses ialah kaunselor perlu ada garis panduan yang telah ditetapkan serta perlu berlaku hubungan intim profesional bersama klien.Jika kaunselor gagal mewujudkan hubungan yang intim maka proses kaunseling yang berlaku akan menemui kegagalan.

Daripada konsep di atas inilah,maka para naqib dan naqibah ahli gerakan Islam Kampus perlu lakukan.Jika kita tidak benar-benar menguasai konsep TIGA rukun dalam usrah yang digariskan iaitu soal Ta'ruf,Tafahum dan Takaful sebab itu para naqib dan naqibah mengalami kegagalan dalam menyampaikan mesej atau risalah perjuangan Nabi Muhammad saw.

Prinsip Dalam Hubungan dengan Klien:


1.kaunselor (naqib/ah) perlu mengambil berat perkembangan peribadi klien dengan menggunakan kaedah bersistem-ada tahap tertentu mengikut kesesuaian.Pelbagai teori,kemahiran dan pelan tindakan yang boleh digunakan mengikut etika kaunseling.

2.Naqib/ah perlu memberi fokus kepada perkembangan individu/klien.Hubungan kaunseling(usrah) yang dijalinkan sepatutnya melahirkan atau akan memperbaiki diri klien dari segi aspek tingkahlaku,pemikiran dan perasaan.Dalam prinsip ini,naqib/ah perlu meletakkan keperluan klien sebagai keutamaan berbanding keperluan naqib/ah.Konsep inilah yang diserin dikemukakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sebagai hasil tarbiyyah dengan melihat perkembangan anak usrah.

3. Dalam proses usrah,mestilah benar berorientasikan untuk membantu klien memahami mengenai ajaran Islam dan bukannya bersifat paksaan.Dalam konsep hubungan ini, naqib/ah perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kepercayaan,prihatin,ambil berat,dan komitmen.Sifat inilah akan mewujudkan suasana yang selesa yang menjadikan klien bersedia untuk mengubah tingkahlaku/sedia untuk ditarbiyyah tanpa dipaksa.

4. Kaunseling (usrah) menghargai keupayaan manusia untuk mengembangkan potensi diri.Ia bermakna semua klien ada peluang dan memiliki potensi diri masing-masing.Justeru itu,naqib/ah perlu ada kemahiran untuk mengenalpasti kecenderungan/kemahiran yang dimiliki oleh kliennya.

5.Kaunseling(usrah)mengutamakan harga diri dan nilai individu serta hak individu untuk memilih.Ia bermaksud bahawa klien boleh membuat penerokaan dirinya dengan selamat dan selesa.Naqib/ah perlu sentiasa menggalakkan klien berfikir sama ada tindakan itu kongruen dengan peribadi klien ataupun tidak.

6.Kaunseling(usrah)adalah proses pendidikan (tarbiyyah)yang berterusan-hubungan ini memberi peluang kepada semua klien(anak usrah)kembangkan potensi diri.Dalam proses usrah klien dan naqib/ah sebenarnya belajar mengenai tentang dirinya dan orang lain melalui interaksi dalam usrah yang dijalankan.

Akhirnya,jika naqib/ah ahli Gerakan Islam menggunakan ENAM prinsip hubungan usrah seperti di atas,ana yakin insyaallah gerakan Gerakan Islam akan memacu kejayaan kembali pada suatu hari nanti.

0 Comments:

Post a Comment