mesti ada dari kalangan sahabat pernah melihat artikel ini, ya tentu sekali kerana saya pernah mengeluarkannya dahulu.tetapi disebabkan berlaku sedikit kesilapan teknikel akhirnya artikel ini dibatalkan. untuk tidak menghampakan satu permintaan sahabat,agar saya berkongsi pengalaman sepanjang praktikel di rumah Sakit jiwa Banda aceh,saya membulatkan tekad untuk mengeluarkannya kembali.Disini saya melampirkan lensa-lensa yang saya harap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dirumah sakit Jiwa Banda Aceh.





Disana kami diamanahkan untuk menjalankan terapi religius iaitu menerapkan kembali kekuatan keagamaan meraka, ini kerana hampir 99 % pasien atau penderita gangguan jiwa ini adalah beragama islam.
selama tiga minggu bertungkus lumus bagi melancarkan aktiviti disana, seribu satu pengalaman terakam dalam memori, mendekati, memahami,mendalami & membimbing saudara kita yang menderita gangguan jiwa membuatkan naluri kecil tersentuh, bertapa bertuahnya kita yang masih diberi akal fikiran yang berpegang teguh kepada fikrah insani, jiwa yang 'abdi,hati di suluh nur Ilahi,menginfak diri untuk ad-Din yang suci, syahid sentiasa menjadi cita2 tertinggi, beramal islami,Rasulullah sebagai kekasih hati, Bertuhankan Allah Yang Hakiki...itulah jiwa disuluh cahaya iman. Cuba pandang di sekeliling kita..manusia mencintai dunia lebih dari akhirat,menhalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, takut dengan bayangan yang di cipta sendiri, tamak, dengki, iri hati, sombong dan takaabur, kikir, malas sifat-sifat ini akan menjauhkan manusia dari Nur Allah. sebenarnya mereka inilah masalah mental yang kronik berbading mereka menderita dengan gangguan jiwa yang syurga mereka diletakkan. bagaimana penyakit jiwa yang dibuat-buat? iaitu penyakit hati yang sentiasa menyerang jiwa manusia.


Jagalah jiwa dengan iman,taqwa dan ihsan,
bersihkan jiwa dengan istighfar,
perisaikan jiwa dengan Doa,
Semoga jiwa sentiasa segar di sirami titisan kasih dan cinta Ilahi.

0 Comments:

Post a Comment