Keperibadian adalah gabungan antara emosional dan sikap yang membentuk watak seseorang dalam menghadapi kehidupan sehari-hari. Kerana keperibadian yang tidak matang akan melakukan sikap yang menyimpang. Iaitu dengan mengambil kira pandangan orang lain terhadap dirinya.
Seseorang dapat dikatakan mengalami gangguan keperibadian ketika ia menampakkan sikap maladaktif (sikap yang merugikan diri) dan berlaku dalam jangka masa yang panjang, sedikit sebanyak akan menyebabkan aktiviti seseorang terganggu.
Sikap maladaktif ini telah melekat dalam diri seseorang sehingga, individu tidak dapat mengakui bahawa dia mengalami gangguan dan permasalahan dengan dirinya, mereka juga menolak sekiranya dianjurkan untuk merujuk kepada pakar. Dan dalam diri mereka tidak ada motivasi atau dorongan untuk mencari bahkan meminta pertolongan. Manusia kurang menyedari bahawa mereka mengalami gangguan sikap, ini kerana mereka terlalu asyik dengan sikap yang di anggap telah sebati dalam jiwa mereka tanpa menyedari bahawa jika tidak ditangani sikap ini melahirkan bibit stres kemudian akan berkembangan menjadi depresi dan akhirnya mereka akan mengalami tekanan perasaan tingkat tinggi yang menyebabkan mereka mengalami Schezofrenia (gangguan psikologi atau sakit jiwa).
Tidak hairan, jika kita memperhatikan sekeling kita sering kita melihat individu yang hidup dengan dunianya sendiri tanpa menghiraukan orang lain,masyarakatsering melabel dengan panggilan yang kurang manusiawi seperti “gila”. Individu yang mengalami gangguan ini, apabila diselidiki latar belakang keturunan dan asal, mereka bukanlah calang-calang orang, ada yang dahulunya seorang pensyarah, mahasiswa perubatan, orang yang berpangkat tinggi serta mendapat sanjungan orang ramai dan lain-lain. Tahukah anda,schezofrenia ini adalah gangguan yang terbentuk daripada gangguan-gangguan kecil yang berlaku dalam setiap diri manusia samada berbentuk emosi atau sikap tanpa disedari.
Saya ingin mengajak sahabat untuk sama-sama kita melihat karakteristik atau sikap dan emosi masing-masing adakah mengalami gangguan keperibadian tersebut, kerana setiap individu mengalami gangguan ini tanpa ia sedari.
1. Gangguan keperibadian Paranoid
• Sentiasa merasa curiga
• Sulit untuk mempercayai orang lain.
• Hipersensitive (kurang sensitif)
• Kaku atau kekok dengan suasana atau keadaan dirinya
• Mudah iri hati
• Sangat ego
• Suka menentang (secara berlebihan)
• Suka menyalahkan orang lain
2. Schizoid
• Tidak mampu menjalinkan hubungan dengan orang lain atau bersosial
• Tidak akrab
• Tidak ramah
• Tidak suka bergaul
• Suka menyendiri
3. Schizotypal
• Percaya kepada tahyul atau aneh.
• Suka menghindari diri dari orang lain
4. Histrionic
• Emosional yang tinggi
• Suka melakukan sikap yang luar biasa untuk menarik perhatian orang lain
• Mencari perhatian secara berlebihan.
• Amat tergantung dengan sesuatu.
• Mudah ditipu.
• Tidak tulus.
5. Narcissistic
• Merasa diri penting dan hebat.
• Haus dengan perhatian orang lain.
• Selalu menuntut perhatian supaya dianggap istimewa dari orang lain.
• Mengabaikan hak dan perasaan orang lain(tidak empati).
• Fokus utama adalah diri sendiri.
6. Antisosial- psikososial / sosiopat
• Selalu melanggar dan tidak mempedulikan hak orang lain dengan berkelakuan agresif
• Pandai menampilkan diri secara meyakinkan untuk mempengaruhi orang (penipu ulung)
7. Avoidant ( menghindar)
• Terlalu peka dengan hinaan orang lain sehingga tidak dapat mengawal diri
• Taku bergaul dengan orang lain kerana takut dikritik dan di tolak
• Tidak mampu bergaul
• Sangat pemalu
• Terlalu sensitif
8. Dependent
• Takut apabila bersendirian.
• Kurang percaya diri.
• Rasa tidak berdaya.
• Dapat melakukan sesuatu dengan baik selagi tidak diminta atau dituntut untuk melakukan sesuatu seorang diri.
• Tidak ada inisiatif diri
9. Obsessive-compulsive
• Memiliki perhatian yang berlebihan terhadap sesuatu peraturan.
• Sulit untu merasa tenang dan santai.
• Memberi perhatian yang berlebihan kepada perkara kecil.
• Sulit untuk membahagi waktu.
• Ragu-ragu (bimbang)
10. Agresif- pasif
• Tidak suka patuh dengan arahan dan tuntutan orang lain.
• Takut untuk mengungkapkan sesuatu.
Paparan diatas bukan untuk mencari kesalahan dan keburukan orang tetapi agar kita sentiasa menjadi makluk yang sentiasa memelihara dan memperbaiki diri dari perkara kecil yang dapat menjauhkan kita rahmat Allah itu hakikat psikologi memandang manusia sebagai makluk,menggelapkan hati, dan akan bermasalah kepada jiwa itu sendiri yang jiwa adalah benda yang paling dekat dengan Penciptanya.sama-samalah memuhasabah diri dimana silapnya kita supaya tidak tersasar dari hakikat jiwa itu sendiri dan tazkiyatul nafs kearah memaksimalkan kesihatan mental atau jiwa manusia itu sendiri.
Wallahu’alam......
1 Comment:
-
19 Jun 2009 11:40 PG
wt prgrm kt sana ke?cmne awk wt?leh kgsi2kan?





