“Ketika berjauhan masih terasa hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan reduk wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaaan
Kau setia mengajar ku erti kekuatan
Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku aku terus kecewa
Dengan kata azimat kau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa dikau disisi
Sebuah kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati.. “
AEMAN...
Ayah seorang yang tegas dalam soal pendidikan anak, tapi Dari kecil kami tak pernah tahu bagaimana rasanya rotan seorang Ayah, pernah sekali ayah mengangkat rotan,tetapi.....
Masih terakam dalam ingatan,ketika zaman kenakalan,tiga beradik masing-masing ingin tunjuk kelebihan mencari musuh dalam sarangnya...Tebuan,siapa tak kenal dengan sengatannya.
Masing-masing mempunyai satu lastik atau teghebe (bhs kedah) abang yang buat,huhu.
Sebelum memulakan aksi,abang memberi sedikit taklimat..
Jangan buka mulut atau bercakap.
Pakai kain sarung (bungkus macam pocong).
Tutup hidung nafas slow2.
Abang, sydh, k.cik baliiiiiiiiik, satu panggilan terdengar dari rumah, tetapi kami masih berkeras untuk diam kerana aksi menyerang musuh sedang berjalan, ssssyuuush.diam jangan sahut,satu...dua...tiga...seraaaaang....huh best.
Awat ketegaq sangat hampa ni, apabila pandang belakang sekujur tubuh dengan rotan ditangan mendekati kami, tanpa membuang masa, kami panik terus melarikan diri dengan haluan masing-masing. Walaupun kami yakin rotan tu takkan hinggap ditubuh kami, tetapi tindakan luar kawal k.cik lari melalui sarang tebuan yang telah diserang oleh jundu-jundu kecil tadi, akhirnya tewas dengan serangan balas tebuan-tebuan.. itu pertama kali melihat ayah mengangkat rotan tapi tidak pernah menghinggap tubuh anak-anaknya sampai sekarang, walaupun ada kesalahan atau kesilapan yang kami lakukan ayah akan mengambil tindakan untuk berinteraksi dengan baik, bertanya kenapa kami melakukannya dan akhirnya ayah membantu membetulkan, kadang-kadang ayah bagaikan kawan bagi kami bermain,bergurau dan bertukar-tukar pendapat, ayah mengajar kami erti kehidupan, tetapi yang penting tarbiyah dari ayah, ketegasan ayah dalam mengarahkan sesuatu dan berbicara ala-ala tentera ditraining kerana ayah dulu seorang tentera, halaqah akan menjadi wajibah setiap lepas magrib dan subuh,mendengar mutiara-mutiara kata dari seorang ayah. Walaupun sekarang kami terpisah jauh tiga benua Egypt,guangzhou dan Aceh demi mengejar dan menggapai cita-cita yang diidamkan ayah dan mak, walaupun hanya berbicara melalui telefon, bibir ayah tetap basah dengan pesanan-pesanan sebagai azimat pembakar semangat menimba ilmu, meneruskan perjuangan islam dimana kami berada.
Itulah kisah seorang ayah dan tiga permatanya...Si bongsu adalah antara yang istimewa tidak pernah dimarahi...sebab terlalu istimewa...

Nak ucap hari ayah,hari2 ucap...setiap saat adalah waktu untuk melakukan kebaikan....

0 Comments:

Post a Comment