Assalamu alaikum wr.wb.

Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

Lama saya menyepi tetapi bukan menghilang, tergerak hati saya untuk mengeluarkan artikel ringkas yang membahaskan tentang gender,mungkin di atas kesedaran setelah saya dan sahabat-sahabat diamanah untuk membahaskan tajuk “ Kesetaraan gender Munurut islam” untuk memenuhi tugasan bagi matakuliyah Psikologi Wanita. Bagi saya ini adalah satu peluang untuk kami pergunakan sebaik mungkin untuk mengembalikan pemikiran Islam dalam jiwa manusia, dan mengikis pemikiran genderisme, kita sedia maklum bahawa pemikiran ini bukan sahaja giat menguasai fikiran umum bahkan telah meresap masuk ke kampus-kampus dalam usaha menguasai golongan intelek,kerana kita telah menyedari bahawa mahasiswa sebagai aset penting dan akan mempunyai potensi yang baik untuk mempengaruhi masyarakat umum.

Persoalan gender memang merupakan salah satu persoalan yang diangkat oleh para musuh islam dan murid-muridnya untuk menyerang ajaran Islam. Disebutkan bahawa islam sangat merendahkan harkat wanita. Namun, kalau kita mahu menelaah secara cermat dan adil kedudukan wanita dalam Islam justru sangat mulia.

Yang seharusnya menjadi landasan kita dalam membicarakan kedudukan wanita adalah:
(1) Sikap tsiqoh dan husnuzzon kepada Allah SWT yang Maha Adil-Nya.
(2) Tidak melihat kedudukan melihat kedudukan wanita dari opini yang dibuat orang; tetapi
(3) berusaha memahami wanita sebagai seorang wanita, bukan sebagai lelaki.

Dewasa ini banyak sekali orang yang ketika membaca ayat Al-Quran, sejak awal sudah apriori dan kurang percaya pada isinya. Sehingga apapun yang dibaca, pemahahaman yang didapat umumnya kurang objektif. Kerana itu, banyak sekali tasykik yang dilancarkan oleh mereka yang membenci al-quran dimana mereka sangat mengingati potongan-potongan ayat yang mudah dijadikan sumber masalah. Entah masalah ketidak-adilan terhadap wanita, tentang poligami, tentang jihad, tentang hukum Islam yang kejam, tentang diakuinya perhambaan dan lain-lain.

Kedua, opini yang sedang aktif disosialisasikan adalah bahawa Islam itu kuno, ortodox, konvesnional, ketinggalan zaman, tidak adil, menindas wanita, bermasalah dengan gender dan seterusnya. Secara tidak sedar, rupa-rupanya sekuler seperti ini telah masuk ke alam bawah sedar umat Islam. Karena itu dengan mudah terbawa oleh opini yang diciptakan.

Ketiga, wanita itu adalah makhluk yang memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki lelaki. Dia adalah salah satu wujud ke-Maha Sempurnaan Allah dalam ciptaan-Nya. Jadi fahamilah wanita sesuai dengan keistimewaan yang dimilikinya. Ini yang selama ini belum tergali oleh ilmu-ilmu humanisme Barat.

Oleh Barat, wanita tidak pernah dikenali sebagai wanita. Sebaliknya wanita dipaksa untuk menjadi makhluq selain dirinya, yaitu dipaksa secara sistem untuk menjadi lelaki, suka atau tidak suka. Kerana pemaksaan yang salah kaprah ini, maka selamanya ‘perjuangan persamaan derajat’ atau apapun namanya tidak akan ada finishnya. Ibarat memaksa burung untuk hidup di dalam air. Padahal burung adalah salah satu makhluk Allah yang telah diciptakan khusus hidup di udara beterbangan kesana kesini menghidup udara segar. Memaksa burung agar memiliki sirip dan insang biar dapat hidup di bawah permukaan air adalah kejanggalan yang tidak akhirnya.

Memaksa wanita agar seperti lelaki lebih teruk lagi. Perhatikan wujud fisik seorang wanita. Begitu banyak perbezaan organ tubuhnya, feelnya, alat reproduksinya, ukurannya dan seterusnya.

Perbezaan ini akan semakin ketara bila kita mendalami secara lebih jauh dari itu yaitu kejiwaan dan kepribadiannya. Sungguh aneh manusia yang mengaku moden ini yang tidak dapat melihat perbezaan yang sangat jauh antara wanita dan lelaki dari segi kejiwaannya.

Maka wajar bila dalam memberi perintah syariah, Allah tidak menyamakan wanita 100% dengan laki-laki. Karena keduanya memang berbeda. Dan perbezaan itu bukan merendahkannya tetapi sebaliknya, wanita dalam pandangan Islam adalah makhluk Allah yang eksis sebagai wanita dengan segala keistimewaan yang dimiliki yang tidak dimiliki oleh lelaki. Begitu banyak kelebihan yang dimiliki wanita yang tidak dimiliki oleh lelaki walaupun lelaki berusaha bermati-matian untuk memiliki kelebihan yang dimiliki wanita. Kerana, dia tidak akan pernah memilikinya.

Karena itulah Islam sangat menghargai wanita sebagai wanita sebagaimana Islam menghargai lelaki sebagai lelaki. Sedangkan bila orang berkata bahawa Islam merendahkan wanita, kita balik bertanya,”siapa yang merendahkannya? “.

Bukankah barat sendiri yang telah memaksakan kehendak dan ingin merubah wanita menjadi lelaki dalam pekerjaan, tugas, fungsi, perbuatan dan seterusnya. Justru barat sendiri yang menjadikan wanita sebagai komoditi yang harganya tidak lebih dari materi. Bukan susuk jiwa yang sempurna.

Siapa teroris sebenarnya? Adakah orang yang perjuangkan Islam yang benar atau orang cuba membawa pemikiran barat lalu diterapkan dalam segenap inci jiwa manusia yang secara terang-terangan kesannya adalah negatif yang dapat merosakkan fitrah kejadian manusia itu sendiri..

Wallahu’alam...

0 Comments:

Post a Comment